Race Kit Untuk World Heart Day Walkathon 17 Sept 2023

Race Kit Untuk World Heart Day Walkathon 17 Sept 2023

Untuk peminat fun run yang biasanya melibatkan larian jarak pendek event World Heart Day Walkathon Powered By Main Place Mall ni antara acara tahunan yang patut di sertai dengan ahli keluarga. Tahun ini, aku berkesempatan untuk mendaftar acara ini bersama Faris.

Acara World Heart Day Walkathon merupakan fun run pertama aku join selepas berhenti sertai sebarang acara larian sejak 2020 disebabkan covid19 dan juga masalah meniscus tear. Aku memilih acara ini disebabkan faktor lokasi Main Place Mall ini agak dekat dengan rumah aku jadi tidak lah perlu aku bergegas nak keluar awal.

Yuran Penyertaan World Heart Day Walkathon

Selain faktor lokasi, faktor harga juga perlu aku ambil kira sebab perancangan aku untuk sertai satu fun run setiap bulan. Aku dapat harga super early bird RM49.99 jadi jumlah untuk dua penyertaan RM99.98. Pada aku untuk fun run jarak pendek 5km harga yang berpatutan dalam range RM30-RM60, untuk RM30 tu tanpa medal pun takde isu untuk aku sebab aku bukan collector medal.

Route Map World Heart Day Walkathon

Memandangkan ini adalah kali pertama aku join acara World Heart Day Walkathon ni, jadi route map area Subang ni pada aku tidaklah sekejam mana pun memandangkan ianya untuk berjalan bersama keluarga. Laluan sekitar kawasan Main Place Mall ni sejujurnya tidak lah sesibuk manapun pada hujung minggu, nak pula acara berlaku pada hari Ahad.

Dari segi keselamatan peserta aku berharap adalah RELA atau staff yang memantau kenderaan yang berkongsi jalan dengan laluan acara ini nanti. Pengalaman aku sertai fun run di kawasan Klang dan Petaling Jaya dimana kenderaan tidak peduli dengan peserta yang berkongsi laluan ni menyebabkan aku sedikit risau. Nak pula fun run kali ini aku bawa Faris bersama, jadi keselamatan dia memang sangat penting.

Race Kit Collection Untuk World Heart Day Walkathon

Pada 10 september lepas, race kit collection untuk acara World Heart Day Walkathon diadakan di tingkat 2 Main Place Mall. Salah satu faktor lain aku memilih event ini sebab baju dia design cantik dan warna pun ok. Dengan yuran penyertaan sebanyak RM49.99 tu aku rasa acara ini sangat berbaloi sebab dapat beberapa free gift yang sebenarnya tidak lah mahal pun tapi biasalah siapa tak nak FREE GIFT?

Staff yang jaga kaunter tu ada tanya aku nak pilih nombor bib tak? Aku tak peduli sangat pun nombor bib ni jadi aku ambil je apa nombor yang sedia ada. Mudahkan kerja staff tu dan sepanjang aku join fun run memang tak pernah aku nak pilih-pilih nombor bib. Antara free gift yang aku dapat:

  • Tablet Vitamin C
  • Detergent laundry pod
  • Face Mask
  • Voucher

Baju Acara World Heart Day Walkathon

Sebagai peminat baju running warna merah dan design yang sedap mata aku memandang, baju running event ni memang menambat hati aku. Kudos pada designer baju event ni. Dari segi saiz, baju Ultron biasanya saiz dia memang takde isu terbesar atau terkecil. Ultron memang standard saiz orang Asia, kalau korang ukur ikut measurement yang diaorang bagi tu memang betul lah saiz tu tak perlu risau.

Walaupun aku dah gemuk sejak berhenti dunia larian ni tapi aku tetap bersyukur sebab masih boleh pakai saiz S lagi. Untuk Faris aku sedikit berbelah bahagi nak pilih saiz yang mana sebab dia tinggi dan kurus, tapi Alhamdulillah junior saiz XL ngam dengan saiz badan budak umur 11 tahun.

Di belakang baju logo sponsor tu kira wajib lah kan, tapi oklah saiz tak besar sangat. Kalau tak dah jadi billboard bergerak plak aku nanti. Dari segi material kain, baju ultron ni sekali lagi aku nak puji memang kain dia best, lembut dan bila berpeluh pun cepat serap peluh sesuai sangat dengan suhu Malaysia yang panas ni.

Aku harap cuaca semasa hari event tak lah panas awal sangat, sebab aku nak meleha-leha je dengan Faris. Apapun potensi rentung tu aku kena redha je, sapu sunscreen banyak-banyak sebelum flag off. Memandangkan ini event pertama selepas cuti covid19, aku berharap Faris boleh memberikan kerjasama jadi bolehlah aku mendaftar fun run yang lain pula nanti.

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *